clock

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 6 May 2016

I LOVE UMK



          Universiti Malaysia Kelantan merupakan salah satu universiti awam di Malaysia dan ia mempunyai tiga campus yang terdapat di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli. Saya memilih UMK adalah kerana subject logistik dan saya sangat suka logistik. Logistik di Umk juga terkenal di Malaysia. Dewan keusahawanan di Umk juga cantik dan besar. Pensyarah di sini juga baik dan peramah. Walaupun Umk kampus kota kelihatan kecil,tetapi kemudahan di Umk adalah banyak dan baru seperti mempunyai makmal komputer untuk mahasiswa belajar dan mencari maklumat,  perpustakaan yang mempunyai banyak buku untuk mahasiswa baca dan cari maklumat dan lain-lain. Kelas di Umk juga baik dan penuh dengan aircond supaya kami dapat belajar dengan selesa. Saya sangat suka belajar di Umk dan persekitarannya juga baik. Umk juga hampir dengan Kota Bahru dan kami boleh pergi ke pusat beli belah seperti Aeon Mall dan KB mall pada hari cuti.         
         Selepas belajar di Umk, saya dapat mengenali banyak kawan dan saya sangat gembira belajar di Umk. Banyak peristiwa yang kelakar dan gembira telah berlaku di kolej kediaman Umk saya. Sebagai contoh, setiap kali hari jadi kawan saya, kami akan sambut dengannya dan membeli kek untuknya. Selepas itu, kawan yang birthday itu akan bully oleh kami seperti mengangkutnya dari biliknya ke tempat futsal yang berada di kolej kediaman untuk meraikan hari jadinya. Kami juga akan mengambil air untuk menyimbahnya dan bermain. Saya sangat gembira dapat mengenali banyak kawan yang baik di Umk. Di sekitar Umk juga terdapat banyak kedai makan dan Pantai Timur supaya kami dapat membeli makanan dan barang dengan mudah. Selain itu Umk juga dekat dengan lapangan terbang Kelantan dan ini telah memudahkan mahasiswa untuk menaiki kapal terbang balik ke rumah mereka apabila cuti semester. Saya sangat suka universiti saya iaitu Umk dan berasa gembira dapat belajar di Umk dan dapat mengenali kawan yang banyak.
       

Kawan Saya



           Mereka merupakan kawan saya apabila di sekolah rendah. Pada waktu sekolah rendah yang dulu, kami sentiasa bermain bersama-sama dan belajar bersama-sama. Tetapi sekarang, kami telah mempunyai kerja atau pembelajaran yang masing-masing seperti ada orang yang bekerja, ada orang yang belajar di luar negeri dan lain-lain. Waktu yang kita bersama-sama untuk bermain atau gathering adalah semakin sedikit. Tetapi ini tidak dapat menjejaskan hubungan yang baik antara kami. Walaupun waktu untuk kami gathering bersama-sama adalah semakin sedikit, tetapi kami masih ada mengadakan gathering untuk keluar berbual-bual dan makan.
           Kami telah mempunyai banyak kenangan yang manis antara kawan saya apabila kami belajar di secondary school. Saya masih ingat semasa saya belajar Form 3, kami sentiasa menunggang motosikal bersama-sama dan bersiar-siar di merata tempat. Walaupun kami tiada lesen memandu, tetapi setiap kawan saya dan saya telah mahir menunggang motosikal dan pergi ke merata-rata tempat.  Kami juga sentiasa bermain bola keranjang di sekolah. Kami pernah memancing ikan bersama-sama, pernah pergi melancong bersama-sama dan lain-lain. Saya sangat gembira dapat mengenal kawan saya dan hubungan kita tidak akan putus dengan mudah. Walaupun kami tidak sentiasa dapat keluar bermain bersama-sama, tetapi hubungan antara kami masih kukuh dan semakin rapat.

Pengalaman saya melancong di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.


            Batu Ferringhi merupakan satu lokasi percutian popular di Pulau Pinang. Tempat ini sangat menarik dengan pantai yang cantik dan di sekelilingnya mempunyai penginapan hotel yang terkenal dan lain-lain. Di Batu Ferringhi mempunyai banyak aktiviti yang menarik seperti berkayak, island crusis dengan menyewa boat untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik di sekitar pulau.Sebagai anak Pulau Pinang, saya telah melancong di Batu Ferringhi dengan keluarga saya dan kita pergi melancong sebanyak satu hari sahaja.

       
              Selain itu, saya juga mempunyai peluang untuk menaiki kuda dan menyentuh kuda. Ketinggian kuda tersebut hampir-hampir tinggi sama saya dan kelihatan sangat kuat. Pada waktu malam, saya pergi ke Ferringhi Sidewalk Baazar untuk membeli makanan. Ini merupakan pasar malam yang terkenal dan meriah yang terletak di sepanjang jalan di Batu Ferringhi. Di sana, saya telah membeli satay, nasi lemak, char kuey teow,apam balik dan lain-lain. Terdapat banyak pelancong asing juga mengambil peluang ini untuk makan makanan terkenal dan special di pasar malam Batu Ferengghi ini. Selain itu, di sekitar Batu Ferringhi terdapat banyak penginapan hotel yang terkenal seperti Shangri-La's Rasa Sayang Resort&Spa, Hard Rock Hotel dan lain-lain. Di Batu Ferringhi terdapat beberapa kedai makan yang terkenal seperti Crispy apam balik di pasar malam Batu Ferringhi, Khaleel Nasi Kandar, Mady Penang Char Kuey Teow dan lain-lain. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melancong di pantai yang menarik dan mempunyai banyak makanan yang lazat.

Tuesday, 3 May 2016

Hubungi Kami