
Batu Ferringhi merupakan satu lokasi percutian popular di Pulau Pinang. Tempat ini sangat menarik dengan pantai yang cantik dan di sekelilingnya mempunyai penginapan hotel yang terkenal dan lain-lain. Di Batu Ferringhi mempunyai banyak aktiviti yang menarik seperti berkayak, island crusis dengan menyewa boat untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik di sekitar pulau.Sebagai anak Pulau Pinang, saya telah melancong di Batu Ferringhi dengan keluarga saya dan kita pergi melancong sebanyak satu hari sahaja.
Selain itu, saya juga mempunyai peluang untuk menaiki kuda dan menyentuh kuda. Ketinggian kuda tersebut hampir-hampir tinggi sama saya dan kelihatan sangat kuat. Pada waktu malam, saya pergi ke Ferringhi Sidewalk Baazar untuk membeli makanan. Ini merupakan pasar malam yang terkenal dan meriah yang terletak di sepanjang jalan di Batu Ferringhi. Di sana, saya telah membeli satay, nasi lemak, char kuey teow,apam balik dan lain-lain. Terdapat banyak pelancong asing juga mengambil peluang ini untuk makan makanan terkenal dan special di pasar malam Batu Ferengghi ini. Selain itu, di sekitar Batu Ferringhi terdapat banyak penginapan hotel yang terkenal seperti Shangri-La's Rasa Sayang Resort&Spa, Hard Rock Hotel dan lain-lain. Di Batu Ferringhi terdapat beberapa kedai makan yang terkenal seperti Crispy apam balik di pasar malam Batu Ferringhi, Khaleel Nasi Kandar, Mady Penang Char Kuey Teow dan lain-lain. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melancong di pantai yang menarik dan mempunyai banyak makanan yang lazat.






0 comments:
Post a Comment