clock

Friday, 6 May 2016

I LOVE UMK



          Universiti Malaysia Kelantan merupakan salah satu universiti awam di Malaysia dan ia mempunyai tiga campus yang terdapat di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli. Saya memilih UMK adalah kerana subject logistik dan saya sangat suka logistik. Logistik di Umk juga terkenal di Malaysia. Dewan keusahawanan di Umk juga cantik dan besar. Pensyarah di sini juga baik dan peramah. Walaupun Umk kampus kota kelihatan kecil,tetapi kemudahan di Umk adalah banyak dan baru seperti mempunyai makmal komputer untuk mahasiswa belajar dan mencari maklumat,  perpustakaan yang mempunyai banyak buku untuk mahasiswa baca dan cari maklumat dan lain-lain. Kelas di Umk juga baik dan penuh dengan aircond supaya kami dapat belajar dengan selesa. Saya sangat suka belajar di Umk dan persekitarannya juga baik. Umk juga hampir dengan Kota Bahru dan kami boleh pergi ke pusat beli belah seperti Aeon Mall dan KB mall pada hari cuti.         
         Selepas belajar di Umk, saya dapat mengenali banyak kawan dan saya sangat gembira belajar di Umk. Banyak peristiwa yang kelakar dan gembira telah berlaku di kolej kediaman Umk saya. Sebagai contoh, setiap kali hari jadi kawan saya, kami akan sambut dengannya dan membeli kek untuknya. Selepas itu, kawan yang birthday itu akan bully oleh kami seperti mengangkutnya dari biliknya ke tempat futsal yang berada di kolej kediaman untuk meraikan hari jadinya. Kami juga akan mengambil air untuk menyimbahnya dan bermain. Saya sangat gembira dapat mengenali banyak kawan yang baik di Umk. Di sekitar Umk juga terdapat banyak kedai makan dan Pantai Timur supaya kami dapat membeli makanan dan barang dengan mudah. Selain itu Umk juga dekat dengan lapangan terbang Kelantan dan ini telah memudahkan mahasiswa untuk menaiki kapal terbang balik ke rumah mereka apabila cuti semester. Saya sangat suka universiti saya iaitu Umk dan berasa gembira dapat belajar di Umk dan dapat mengenali kawan yang banyak.
       

0 comments:

Post a Comment